VISI DAN MUHASABBAH DIRI
Motivasi,sejarah islam,kisah nabi-nabi,buat duit dari internet,internet marketing
feedburner
VISI HIDUP MENUJU KECEMERLANGAN
Mutiara Kata
"Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu
hebat, tetapi andainya
kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu
baru hebat sangat." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tak mampu buat semua jangan tinggal semua." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita
kena juga telan yang
pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang
yang sedap itu
racun." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak." -
DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa
pedih, tentu lebih
berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan
ternama." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai
ombak." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan
perubahan yang dibuat itu
mungkin payah." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak
pandai." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia
menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah
suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan". - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata
sendiri." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya
hutang, kaya anak,
kaya musuh atau kaya perasaan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya
kata-kata, kadang-kadang
itu lebih bererti." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam
itu lebih baik daripada
bercakap perkara yang merapu." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh
berliku." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok
banyak, buatnya sikit,
canangnya lebih." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung
tak bercakap." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas." -
DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan
adalah doa
yang panjang dan berterusan yang sentiasa
dipanjatkan pada-NYA." -
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah
bersedia untuk digelar s
uami, isteri, ibu, ayah." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar azab kurang makan daripada azab terlebih
makan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup
didekati. Usahkan badan
sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi
kalau sebulan tak makan
dibahamnya juga." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu
kebonggokan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut
tak bererti." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah
orang yang lebih
pendek, tentu kita nampak tinggi." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Keji itu ibar at baja, makin ditabur makin subur."
- DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji
di khalayak ramai tu
cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun,
cacian adalah penawar." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang
tenang." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga
hari tiga malam, tapi
orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan." - DR.
HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam
bentuk benda itu
belumlah lagi kejayaan namanya." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu
lebih mulia daripada
tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu." - DR.
HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar cakap si kit tapi bersama bukti; biar tak
bercakap buktinya nampak."
> - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus
kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang."
- DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi,
kadang-kadang untung
menanti di hujung." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang
melakukannya, tapi
mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai
orang melakukannya." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada
menghayun kapak yang
dempak sepanjang hari." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Sama menolong sama beruntung." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah.
Salah langkah bermula
daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari
gagal mengenal diri."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas,
tetapi apabila dia
mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi
makna dibelai." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati
cetusan senyum." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih
hairanlah melihat
bagaimana kamu berdiri." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar,
jangan gelaran saja
pintar tapi hapah tak reti." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Dare to be different." - DR. HM TUAH ISKAN DAR
al-Haj
"Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana
nak bergaya." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa
bercampur senyum itu
memang bahagia." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Mari bekerja keras macam saya, jangan
bersenang-senang walhal tak senang
macam ramai daripada kita." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang
jahat juga terpancar
melalui perbuatannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang
utama. Jaga makan, jaga
badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi
kesihatan matlamatnya."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya
berlegar di dalam
fikirannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kerana ada cinta orang boleh berjuang
mempertahankan cintanya, tapi
kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk
mempamerkan
kebodohannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak
nak buat baik tak payah
buat." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat
seronok mengaku baik."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam
Firaun, baru berbaloi
masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua
lebih baik jadi baik
betul-betul, sebab balasannya Syurga." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di
hujung lidah ia manis di
hujung tekak menjadi pahit." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Monday, March 29, 2010
Sunday, January 3, 2010
MANUSIA KEJAM BUNUH ANAK KUCING!!!
JANGANKAN MANUSIA ATAU SEORANG IBU YANG SAYANGKAN ANAKNYA JIKA DILUKAI,CUBA LIHAT IBU KUCING TU SEDIH JE DIANYA FACE
Menurut pemilik kucing tersebut, mereka terdengar kucing mereka menangis dengan nada yang amat teruk sekali. Oleh kerana terlalu hairan dengan cara kucing mereka menangis. Mereka terus turun ke bawah untuk lihat apa yang terjadi. Di saat itulah mereka mendapati 4 ekor anak kucing mereka mati dibunuh. Yang paling teruk sekali ialah anak-anak kucing tersebut mati di hadapan ibunya sendiri.
salah seekor anak kucing tersebut dipercayai dicucuk dengan sesuatu bersaiz peluru, dada dikoyak dan dicekik dengan tali. manakala yang lain dipijak sampai mati.
Ibu kepada anak-anak kucing tersebut dilaporkan cuba menghidupkan semula anak-anaknya dengan menjilat dan membelai anak-anaknya. Tetapi tidak dapat mengubah apa-apa lagi. Pemilik kucing-kucing tersebut berharap polis dapat menangkap pembunuh kucingnya.
HIDUP DENGAN SEPARUH BADAN
Seorang lelaki yang telah kehilangan separuh daripada anggota badannya setelah dilanggar lori bukan sahaja sudah sembuh malah telah membuka pasarayanya sendiri yang dinamakan Half Man-Half Price Store. Peng Shuilin, 37, telah memeranjatkan pakar bedah dengan kemampuannya untuk pulih setelah dua tahun menjalani pembedahan yang rumit di Hospital Bujie, Shenzhen, selatan China. Sekarang dia telah menjadi seorang usahawan dan model inspirasi kepada mereka yang kehilangan anggota badan sepertinya. Timbalan President Lin Liu berkata: "Kami telah melakukan pemeriksaan rapi dan dia cukup sihat dan cergas berbanding orang lain yang seumur dengannya. Dia memang hebat dan dia merupakan satu-satunya manusia di dunia ini yang selamat menjalani pembedahan yang melibatkan anggota badan paling banyak dipotong." "Dia mendapat rawatan yang baik tetapi rahsia utamanya ialah ceria - tidak ada sesuatu pun yang boleh melemahkan dirinya."
Saturday, January 10, 2009
Anjing Musafir
Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.
(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.
Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.
Insan Di Bawah Cahaya Ilahi
A..l-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”
Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”
Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”
“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.
Friday, January 9, 2009
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan
syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali
diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara
sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di
perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh
musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya
dan ganguan syaitan.Dengan membacanya, seorang yang
miskin akanmenjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak
tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat
Al-Kursi, nescaya Allah akankurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya
Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat
dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut
bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam
hadith yang lain:Barangsiapamembacanya ketika hendak
tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya
hingga kesubuh, dan mengurniakan kotanur menurut
bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya
meninggal dunia pada malam itu, iadikira mati syahid.
Hadith yang lain
mengatakan:Barangsiapamembacanyaselepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama
para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga
ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah
akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah
azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini
(Amanarrasulu) sebelum tidur, iaakan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah
ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala
penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah
ini, nescaya iaakan terselamat dari kejahatan para
penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,
sebanyak yangmungkin selama 3 hari berturut -turut,
insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu
dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga
ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi
minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia
tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya
akanterhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63
dan 64 dari surah ini,dibacaoleh penumpang kapal, ia
akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas
tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada
Allah, nescaya akanterampun segala dosanya. Barang
siapa membaca ayat 47 dari surah ini, iaakan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini,
nescaya dia akandi cintai dan dihormati oleh sekalian
manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari
kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang
siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedaiatau
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas
Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam
kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya iaakan mendapat kekuatan
dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya iaakan terselamat dari gangguan
manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang
siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11
Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan
mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akandi murahkan rezekinya dan
diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca
ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari
kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan
mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, iaakan
terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28
dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya
akansembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah
ini, nescaya anak-anaknya akanterhindar dari
perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah
ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya
gugur, nescaya anak kandungannya itu akanterselamat,
dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap gagap insya Allah
akanhilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80
dari surah ini, ketika iapulang dari perjalanan,
nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh
orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akanterhindar dari kemiskinan
dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, nescaya dia akanmendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akanmendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat.
SURAH THAAHAA(Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah
akanmengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan
tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap
hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan
cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya
dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah
s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akanmembinasakan
musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang selalu minum minuman
keras,nescayadia tidak akan meminumnya lagi. Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya
perahunya akanterselamat daripada karam dan rumahnya
akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35
dari surah ini,padahari Jumaat sebelum sembahyang
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali keatas air
yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,
nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak
7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit
oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akanhilang
bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah
akankekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak akanmencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah
ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akansembuh.
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah
akanmembinasakan orang yang hendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit
perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini,
nescaya akanterselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah
ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia
akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan
jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah
ini, nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan
sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga
66 dari surah ini, nescaya Allah akanmembinasakan
musuh-musuhnya.
SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah iadari segala-gala
bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya
Allah Akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :"Tiap-tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin."
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun
segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah
kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu
yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam
satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda
:"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh
tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41
kali, pasti akantercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali
pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua
ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya
akandiampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akanmaju
perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada
awal malam, andaikata ia matipada malam itu, mesti ia
mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas
tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescayaia akan
diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika iahendak turun kemedan
peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya
keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk
diamal oleh anda sekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in
akanterpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan
mendapat kebahagian sejati."Berdoalah kepadaKu, nanti
Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang
yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka
akan masuk neraka jahannam dengan hina."
Berikut doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati.
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka
(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
Wanita: Akalnya Senipis Rambut
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca
kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
CINTA LELAKI
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
MENJALINKAN PERSAHABATAN…. HANYA SETELAH BERSEDIA
Baiklah,katakan kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjutkan jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia dihujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersennyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna itu satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana tidak boleh aktif lagi.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bersahabat, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, tentu ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
Kamu kena faham, persahabatan pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal disitu meski pun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan diatasnya.
Persahabatan adalah salah satu fitrah manusia. TUHAN menjadikan persahabatan untuk memberikan keseronokkan kepada hamba-hambaNya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana persahabatan daripada yang berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bersahabat, sekarang ini peliharalah hatinya dan rencahilah persahabatan kamu dengan kejujuran, kesucian, dan keikhlasan serta dasarkan persahabatan kamu itu kerana TUHAN. Hanya persahabatan begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah mencari persahabatan. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabis masa dan membazirkan air mata
Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.
p/s kalau rasa terperasan perasaan tu tapi confirm xconfirm jer jangan luahkan..kalau dah make sure tu tapow elok2..kalau dah terdedah jer angin masuk langau pun masuk..
Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan
suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan
peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga
patuh kepada Tuhan.
18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah
tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,
penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad
amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati
dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap
perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa
beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke
arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik
tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,
lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan
isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,
berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang
Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan
murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru,sepanjang hidup saya, rasanya tak
pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya
masih bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan
mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalumalang dan kehidupan saya
penuh
kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana,"Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun
berjanjiakan
memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan
diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak
pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga.
Sikapnya
ramah,wajahnya senantiasa mengulumsenyum bersahabat.Roman mukanya
berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu
pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan
Rasulullah
SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar
pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga
celakanyapersahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak
berteguran.
Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan
dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran
yang dingin dan wajah cerah,Insya Allah,apapun persoalannya nescaya
dapat
diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah,yang didalamnya penuh
dengan cinta dan kasih sayang.
SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka).Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala……”
Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.
Maksud ‘Peliharalah diri kamu’ itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah swt. maksudkan ‘Ahli keluarga kamu’ itu ialah,isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik,mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain,fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain.Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.
Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan,“peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu.”
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.
Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat,bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.
Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, ‘Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami
pun gelap dan hati kami juga buta.Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram.Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan.Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal.Baru hari inilah kami sedar.Oleh itu Wahai Tuhan,tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong,maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.
Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:
“Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu,
merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak.”
Firman Allah lagi yang maksudnya:
“Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah),maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya.”
Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.
Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki,ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.
Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.
Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank.Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya,kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya.Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.
Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.
Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada
seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.
Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.
Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.
Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.
Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.”
Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul?Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami,pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan.Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima?Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, “Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta.“Kemudian di jawab Allah,” “Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka.”
Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya,tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya,maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.
Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri.Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.
Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru..Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.
JANGAN LUPA JADI ISTERI (Setelah Bergelar Ibu)
Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki
yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada
isterinya melahirkan seorang anak atau 10orang anak, yang penting
baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi,sambungnya, ramai isteri
selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang
menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi
sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.Penat di pejabat dan
di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai
suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa
terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih
tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....".
Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik
sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah,
I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut
nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan
keinginan utk beristeri satu lagi....
Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan
marah atau tak puashati terhadap tolakan kita...sepanjang malam kita
akan dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya..
Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian
kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh,hentikan
dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi
keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang
hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya...Suami yang longgar
pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku
curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.
Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik
dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan
sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk
bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini,
akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasarnya bagi lelaki yang
sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari
isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala
itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..Ramai wanita, menurut beliau, selepas
mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan
bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga
tubuh badan atau bahasa tuturan.
Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan
lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami
harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini
silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan
"Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus
senantiasa didahulukan....Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat
wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.
Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir
oleh keimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja
membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik'
adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala
keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah
perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila
ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur
akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih
dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri
suami.
wallahualam
Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga
Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.
Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".
Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."
Empat Bidang Kesabaran
Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional.
Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.
Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?
Ada Empat Macam Bidang Kesabaran
Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan.
" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "
QS An-Nisaa' : 1
Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.
Kedua :
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.
Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia.
Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai.
Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".
Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "
QS Ibrahim : 7
Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai .
Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
QS Az-Zumar : 10
Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10, Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
Wallahua'lam.
BAHAYA HASAD DAN CARA MENGUBATINYA
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَقَاطَعُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا ، كُوْنُوا عِبَـادَ اللهِ إِخْوَانًـا
. (رَوَا هُ الْبُخَـارِى وَمُسْلِمٌ)
Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan Muslim) SYARAH AL HADIS: Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad).
Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.
MAKNA HASAD: Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan: Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.
HUKUM HASAD: Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.: لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، (وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).
SEBAB-SEBAB HASAD: Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting: 'Adaawah (permusuhan). Takabbur (sombong). Ta'azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya) Bakhil (lokek). Khubthun Nafsi (busuk hati). Hubbul Jaah (gila kuasa).
BAHAYA HASAD: Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya: Hasad adalah sifat Iblis. Sedangkan sifat para Rasul dan Wali Allah adalah sebaliknya. Mereka akan memberi tahniah (ucap selamat) kepada orang-orang mendapat nikmat sambil mengucapkan : بَـارَكَ اللهُ فِيْكَ Semoga Allah memberkati engkau Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.: إِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَـأْكُلُ النَّـارُ الْحَطَبَ Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api. (H.R Ibnu Majah). Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.
HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH. Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:
HASAD (DENGKI): Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.
GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).
MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.
CARA MENGUBATI HASAD: Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.
(l) ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa: Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita. Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya. Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi. Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang. Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan. Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.
(2) AMAL: Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu' (rendah diri).
Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa. Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu. أَكْـَثَر اللهُ حُسَّـادَكَ Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab.
Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.
Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid'ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa. Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nanti.
Dipetik dari: pertubuhan kebajikan al-nidaa' malaysia
TANDA-TANDA KIAMAT
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.. Asap
2.. Dajjal
3.. Binatang melata di bumi
4.. Terbitnya matahari sebelah barat
5.. Turunnya Nabi Isa A.S
6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.. Gerhana di timur
8.. Gerhana di barat
9.. Gerhana di jazirah Arab
10.. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."