Motivasi,sejarah islam,kisah nabi-nabi,buat duit dari internet,internet marketing
feedburner
VISI HIDUP MENUJU KECEMERLANGAN
Mutiara Kata
"Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu
hebat, tetapi andainya
kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu
baru hebat sangat." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tak mampu buat semua jangan tinggal semua." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita
kena juga telan yang
pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang
yang sedap itu
racun." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak." -
DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa
pedih, tentu lebih
berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan
ternama." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai
ombak." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan
perubahan yang dibuat itu
mungkin payah." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak
pandai." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
lantaran adanya lelaki dunia
menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita
terkadang sempurnalah
suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan". - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata
sendiri." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya
hutang, kaya anak,
kaya musuh atau kaya perasaan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya
kata-kata, kadang-kadang
itu lebih bererti." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam
itu lebih baik daripada
bercakap perkara yang merapu." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh
berliku." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok
banyak, buatnya sikit,
canangnya lebih." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung
tak bercakap." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas." -
DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan
adalah doa
yang panjang dan berterusan yang sentiasa
dipanjatkan pada-NYA." -
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah
bersedia untuk digelar s
uami, isteri, ibu, ayah." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar azab kurang makan daripada azab terlebih
makan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup
didekati. Usahkan badan
sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi
kalau sebulan tak makan
dibahamnya juga." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu
kebonggokan." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut
tak bererti." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah
orang yang lebih
pendek, tentu kita nampak tinggi." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Keji itu ibar at baja, makin ditabur makin subur."
- DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji
di khalayak ramai tu
cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun,
cacian adalah penawar." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang
tenang." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga
hari tiga malam, tapi
orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan." - DR.
HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam
bentuk benda itu
belumlah lagi kejayaan namanya." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu
lebih mulia daripada
tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu." - DR.
HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar cakap si kit tapi bersama bukti; biar tak
bercakap buktinya nampak."
> - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus
kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang."
- DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi,
kadang-kadang untung
menanti di hujung." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang
melakukannya, tapi
mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai
orang melakukannya." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada
menghayun kapak yang
dempak sepanjang hari." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Sama menolong sama beruntung." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah.
Salah langkah bermula
daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari
gagal mengenal diri."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas,
tetapi apabila dia
mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi
makna dibelai." - DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati
cetusan senyum." -
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih
hairanlah melihat
bagaimana kamu berdiri." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar,
jangan gelaran saja
pintar tapi hapah tak reti." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Dare to be different." - DR. HM TUAH ISKAN DAR
al-Haj
"Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana
nak bergaya." - DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa
bercampur senyum itu
memang bahagia." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Mari bekerja keras macam saya, jangan
bersenang-senang walhal tak senang
macam ramai daripada kita." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
"Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang
jahat juga terpancar
melalui perbuatannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang
utama. Jaga makan, jaga
badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi
kesihatan matlamatnya."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya
berlegar di dalam
fikirannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kerana ada cinta orang boleh berjuang
mempertahankan cintanya, tapi
kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk
mempamerkan
kebodohannya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak
nak buat baik tak payah
buat." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat
seronok mengaku baik."
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam
Firaun, baru berbaloi
masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua
lebih baik jadi baik
betul-betul, sebab balasannya Syurga." - DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di
hujung lidah ia manis di
hujung tekak menjadi pahit." - DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Friday, January 9, 2009
SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka).Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala……”
Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.
Maksud ‘Peliharalah diri kamu’ itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah swt. maksudkan ‘Ahli keluarga kamu’ itu ialah,isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik,mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain,fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain.Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.
Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan,“peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu.”
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.
Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat,bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.
Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, ‘Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami
pun gelap dan hati kami juga buta.Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram.Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan.Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal.Baru hari inilah kami sedar.Oleh itu Wahai Tuhan,tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong,maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.
Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:
“Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu,
merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak.”
Firman Allah lagi yang maksudnya:
“Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah),maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya.”
Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.
Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki,ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.
Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.
Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank.Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya,kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya.Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.
Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.
Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada
seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.
Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.
Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.
Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.
Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.”
Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul?Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami,pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan.Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima?Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, “Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta.“Kemudian di jawab Allah,” “Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka.”
Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya,tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya,maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.
Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri.Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.
Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru..Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.
JANGAN LUPA JADI ISTERI (Setelah Bergelar Ibu)
Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki
yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada
isterinya melahirkan seorang anak atau 10orang anak, yang penting
baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi,sambungnya, ramai isteri
selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang
menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi
sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.Penat di pejabat dan
di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai
suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa
terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih
tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....".
Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik
sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah,
I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut
nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan
keinginan utk beristeri satu lagi....
Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan
marah atau tak puashati terhadap tolakan kita...sepanjang malam kita
akan dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya..
Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian
kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh,hentikan
dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi
keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang
hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya...Suami yang longgar
pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku
curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.
Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik
dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan
sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk
bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini,
akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasarnya bagi lelaki yang
sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari
isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala
itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..Ramai wanita, menurut beliau, selepas
mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan
bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga
tubuh badan atau bahasa tuturan.
Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan
lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami
harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini
silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan
"Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus
senantiasa didahulukan....Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat
wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.
Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir
oleh keimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja
membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik'
adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala
keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah
perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila
ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur
akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih
dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri
suami.
wallahualam
TANDA-TANDA KIAMAT
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.. Asap
2.. Dajjal
3.. Binatang melata di bumi
4.. Terbitnya matahari sebelah barat
5.. Turunnya Nabi Isa A.S
6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.. Gerhana di timur
8.. Gerhana di barat
9.. Gerhana di jazirah Arab
10.. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.